Monday, August 6, 2007

Tg. Malim Ride Suka-suka 1

Alhamdulillah, program bertarikh 01 july 2007 berjalan lancar. Sekumpulan 5 riders bertolak dari puchong seawal 7.30 pagi. Ride bermula 9.30, seramai 8 riders semuanya. Aku bertindak sebagai photographer hari tu.


Dari kiri : Ijan, Hamizi (tunduk), Kay, Din, Gmie, Aku, Azri (Anak Otromen), Enul

Trail secara keseluruhannya XC & moderate speed DH. Ride tak panjang. Basically program terbahagi 3 iaitu ride, mandi & lepak makan kat Restoren Yik Mun sebuah restoren cina yg menyediakan makanan halal.

Ride Report

Jarak Kayuh : 18.09 km + tarmac


1st climb dari trailhead. Ijan bersama KONA barunya

Mula dgn perjalanan menuju ke trailhead. Terus masuk ke climb yg pertama. Secara keseluruhan semua climb adalah pendek dan berketinggian sederhana. Trail semua double track yg cukup bersih dan redup. Kebetulan ketika ini adalah musim buah durian. Maka ada ketika semasa ride akan berselisih dgn buah-buah durian yg tergantung di sekitar lereng bersebelahan trail, bau & pemandangan yg boleh menggangu konsentrasi ketika ride. Satu pengalaman yg cukup menarik. Di pertengahan ride tersebut terdapat 1 titi yg tidak berpaku, cukup cantik untuk rider posing.


Ijan melayani titi tidak berpaku, gayat jugak

Di hujung trail semua picnic di tepi sungai yg airnya cukup sejuk. Ada aksi terjun tiruk. Seperkara yg best adalah aktiviti memasak maggi & kopi di tepi sungai tersebut. Bila dah penat semua rasa sedap.


Azri dgn aksi terjun tiruk.. air sejuk abis


Hey, It's me! climb naik dari tepi sungai

Selepas selesai semua, ride bersambung ke sekitar perkampungan. Sampai di satu chalet terdapat 1 titi gantung. Sebahagian rider mengambil kesempatan utk ride merentasi titi gantung tersebut. Guess what? lagi senang kayuh dari berjalan utk melalui titi tersebut. Syok kayuh ada rasa goyang dan enjut2 sikit.


Chalet di penghujung trail berhampiran sungai & titi gantung

Keluar dari trail ke jalan utama dah tengahari. Selepas berkemas semua barang ke dalam kereta semua berpakat utk makan tengahari di Yik Mun. Menu utama Nasi Goreng Cina Takde Babi. Semua makan dan beransur balik sekitar 2.30 ptg. What a nice trip!


Click 'close' (x) utk replay slide.

0 comments: