Monday, August 27, 2007

Ride Pulau Meranti - Kg. Sebok

Hari itu Ahad 26 Ogos 2007. Plan asal utk ride di Batu Dam terpaksa dibatalkan gara2 kipas kereta aku rosak. Kena spend pagi tu di bengkel. So, sebelum bengkel buka, aku ride dulu di Pulau Meranti.


Puncak Pulau Meranti. Sejuk & mendamaikan di waktu pagi

Jarak kayuhan : 15.35km
Masa : 2 jam
Laju Maksimum : 46.0kmh

Pulau Meranti. Terletak di pinggir Taman Putra Perdana tempat aku menetap. Banyak kenangan nostalgia kerana ia merupakan laluan favourite masa mula2 ride dulu. Banyak recce kawasan ni mencari laluan2 offroad terdekat.

Tangki Air Pulau Meranti

Ride kali ini simple. Bermula dari rumah (Putra Perdana), keluar ke main road & masuk ke Pulau Meranti. Di laluan tar ini aku menyusur jalan sepanjang Pulau Meranti & masuk ke Kg. Sebok & climb ke laluan menuju Tangki Air Pulau Meranti. Laluan agak lengang. Maklumlah hujung minggu & jam baru menunjukkan pukul 7.30 pagi. Sampai di puncak bukit tangki, aku berehat agak lama. Suasana di sini cukup nyaman. Udara pagi yg segar & suasana redup. Cukup relak, jauh dari hiruk-pikuk. Dari puncak itu juga aku survey laluan2 singletrack yg terdapat dikawasan kebun berhampiran. Kelihatan beberapa petani sedang melakukan kerja. Terdapat juga kawasan pertanian sayur-sayuran. Selang beberapa minit, seorang pakcik tempatan naik ke situ dengan kapcai. Saja nak ambil angin katanya. Melaluinya aku tahu nama tempat ini ialah Kampung Sebok (bunyi macam serbok tapi tiada 'r'). Selepas beberapa minit berborak akhirnya pakcik tu turun dahulu, diikuti oleh aku beberapa minit kemudian.


Pemandangan dari Tangki Air Pulau Meranti, short climb

Tasik Lombong

Selepas turun aku terus ride ke arah jambatan yg melintangi sungai kampung tersebut. Di pinggir jambatan tersebut terdapat beberapa singletrack di kiri kanannya. Di kejauhan aku nampak apartmen2 yg terletak di Putra Perdana. Selepas berfikir sejenak, aku mengambil keputusan utk mencuba laluan tersebut. Laluan pertama menuju ke kawasan construction. Aku mencuba laluan ke2 pula. Kali ini laluan lebih panjang dan menuju ke 2 tasik lombong berhampiran Putra Perdana. Tasik2 ini cukup indah di waktu pagi. Nampak begitu mendamaikan. Rumput hijau tumbuh di tebing tasik & menutup tinggalan pasir2 lombong. Dahulu kawasan ini agak semak termasuk tebing2nya. Kini lebih indah & mudah dilalui.


View sekitar tasik lombong Putra Perdana. Dingin & damai


Tasik lombong yg menjadi tempat rekreasi kaki2 pancing

Singletrack Kaki Pancing

Di sekitar 2 tasik ini jugalah terdapat beberapa singletrack kesan dari laluan kaki2 pancing yg memancing di tasik2 tersebut. Terdapat laluan yg menuju jalan buntu. Namun terdapat 1 laluan yg menuju ke singletrack berhampiran Apartment Siantan (apartment pertama yg aku duduki semasa awal menetap di Putra Perdana).Yg menariknya, laluan ini dulu dipenuhi dgn lalang yg tinggi2, kini telah menjadi lapang & mudah dilalui dgn motosikal kaki2 pancing. Terima kasih pada mereka kerana memudahkan laluan ini. Aku sempat membuat 1 loop di sini mengelilingi tasik. Terdapat penduduk setempat sedang memancing. Laluan juga semakin jelas tidak seperti 2 tahun yg lalu ketika aku mula2 recce tempat ni.


Singletrack berumput di tepi tasik menuju ke singletrack kaki pancing


Laluan di tepi tasik yg lapang. Dahulu kawasan ini dipenuhi lalang2 yg tinggi


Singletrack seperti 1 loop dikeliling tasik menuju ke Apartment Siantan

Selepas lebih 1 jam, perjalanan aku berakhir di tepi Apartment Siantan. Dari situ aku menyusur laluan bertar menuju ke rumah. Hajat aku selepas ini adalah utk recce laluan baru agar dapat ride lebih jauh di kawasan ini. Mudah, tidak perlu keluar duit minyak utk berpeluh.

Ride Pulau Meranti Photos Gallery:
http://www.flickr.com/photos/alimuddin/sets/72157601686601127/detail/

3 comments:

yzidane said...

fuhh..track dekat umah tuh...bleh le join nanti

Anonymous said...

alamak...dekat rumah aku la jugak...kat mana ni?

Alimuddin 'Don' Shahid said...

Ni masuk dari Siantan Apartment, lalu singletrack tasik lombong & menghala ke Pulau Meranti