Wednesday, August 29, 2007

Putra Height Bikin Trail 2

The Making of....

Selepas siap Steve loop, ride2 seterusnya semua keluar melalui DH kawasan kemalangan & berakhir di technical DH kelapa sawit. Begitulah untuk beberapa ketika. Dalam masa yg sama kerja2 recce masih diteruskan terutamanya oleh Sham & Azahari.


Azahari beraksi di Steve Loop

Loops Aku & Sham, Exit 1 & 2

Kadang2 aku turun ride 2 orang dengan Sham, masih lagi cuba untuk cari line yg bagus untuk buat trail. Pada satu ketika Sham bawak aku keluar melalui laluan baru di celah2 pokok getah yg hidup liar. Masih raw & kena angkat bike pada section2 tertentu. Dia kata pernah lalu kawasan tu dgn Azahari. Habis saja, aku rasa line tu ada potensi. Jadi aku cadangkan supaya stop dulu projek di Steve loop dan buat short trail yg lebih baik utk exit. Sham setuju.

The next weekend (Sabtu) aku & Sham ride sekali, just 2 of us. Plan utk buat trail. Hari tu aku bawak cangkul & ikat pada top tube Dawg aku. Sampai di laluan baru tersebut, terus pegang cangkul & parang lalu bersihkan laluan supaya nampak line lebih clear. Aku terus sambung ke bawah, sementara Sham cari jalan lain nak bagi panjang. Aku terus cangkul, bagi clear mana2 surface yg terlalu berbonggol & kasar. Last2 dapat satu line yg technical & best. Turun tak payah kayuh, layan je. Ist testing 2-3 kali tolak bike tu naik balik untuk ulang turun. Section ni lebih panjang dari Steve loop. Rasa puas. Flow dia memang layan.


Way to exit. Singletrack di celah2 pokok. Don's loop

Esoknya Ahad aku & Sham sambung lagi. Tak lama geng2 kayuh aku datang. Mereka pun layan DH tu 1st time. Pehhhh!!! Layan. Siap ada yg memekik2 seronok. Semua puas hati. Sempat juga mereka menolong bersihkan mana2 yg patut. Begitulah utk beberapa minggu seterusnya, datang & fine tuning mana2 yg patut. Kadang2 Saiful pun ada, sempat juga dia buat satu short loop yg kemudian di panggil Saiful's. Banyak yg tergolek kat situ. Pernah juga sekali Sham terjatuh masa mula2 enter DH ni & kakinya terkena crank. So, 1st drop tu kemudian dipanggil Crank Drop.

Drop Titi Patah & 1st Blood

Selang beberapa minggu, geng2 kayuh sini ramai2 recce laluan di hujung exit pertama. Lalu terjumpa dengan exit baru, 1 drop yg agak thrill berhampiran 1 alur air. Mula2 ada juga yg tergolek ke dalam air tu. Tak lama mereka letak 1 titi. Tetapi kebanyakan titi tu tak tahan lama. Ada yg patah kerana reput, tak kurang juga yg patah kerana ada rider yg jatuh di situ. Kini drop itu dipanggil Drop Titi Patah. Sebelum melalui exit baru ini, ada 2 drop yg berturutan. Ada rider yg lompat di sini. Terdapat 1 accident melibatkan 1 rider yg face plant hingga berdarah mulut & hidung kerana handle bergesel pada batang pokok. Kecederaan pertama, jadi section itu dipanggil 1st Blood!


Yazid di laluan menuju exit Drop Titi Patah


Aksi Mizi di Drop Titi Patah


Close-up alur air di Drop Titit Patah. Titi dah patah lagi!!!

Akhirnya siap section tersebut. Rider2 setempat hampir hari2 tiap petang mereka layan tanpa jemu. Lama2 semakin smooth & lapang laluan tersebut. Semakin jelas kelihatan singletrack. Layan!!!

More stories

http://alimuddin.blogspot.com/2007/08/bukit-cermin-backyard-trails-putra.html
http://alimuddin.blogspot.com/2007/09/putra-height-bikin-trail-3.html

Putra Height Bikin Trail Photos Gallery
http://www.flickr.com/photos/putraheight/sets/72157601302173197/detail/

0 comments: