Friday, August 24, 2007

Giant Yukon Trailbike

Yukon ni adalah hardtail yg paling lama aku simpan & pakai. Asalnya 8 speed. Part pertama yg aku tukar adalah crank. Upgrade ke Truvativ Stylo. Kemudian beberapa part lagi yg bleh pakai carbon seperti bar & seatpost. Riding dia ok, sedap juga. Tapi bila aku dah ada fullsus, Yukon ni aku jual pada member aku , Farid.


Nostalgia. Wajah Yukon trailbike sebelum dijual. Click to enlarge.

Bila dah lama pakai fullsus, gian nak pakai hardtail datang balik. Nak merasa macam mana trail yg biasa lalu guna fullsus, kita lalu guna HT pula. So, cari la balik HT. Pendekkan cerita, aku beli balik Yukon tu dari Farid. Kemudian terus pakai. Tapi dah rasa tak sedap sebab dah terbiasa guna fork yg agak lembut. Yukon tu pakai Judy, keras sikit. Rezeki murah, upgrade la lagi. Kali ni overhaul 1 basikal. V-brake LX rasa tak grip turun teknikal, aku tukar ke Hayes mechanical disc. Fork? aku tukar ke Pilot coil. Fork ni sedap walaupun kira mid end. Simple test, aku angkat depan bike tu kemudian lepas. Fork ni serap hentakan & tidak melantun balik. Ikut buku 100mm, bila ukur geometry panjang dah macam fork 130mm. So ht aku dah mendongak sedikit bila pakai Pilot ni. Setting dah lebih kepada trailbike. Head angle dah bukan XC. Drivetrain aku upgrade ke 9 speed Deore. Bar & Stem Ritchey WCS. Bila dah siap semua, terus test di trail teknikal. kali ni barulah sedap layan teknikal. Fork ni boleh dipump masa turun & cornering, dia absorb dengan baik.

Bike tu dah sedap. Tapi tak taulah aku ni, akhirnya bike tu aku jual. Tapi kali ni aku pecah2kan part by part. Malas pulak nak maintain lebih dari 1 bike. Thule set pun aku jual, roof type. Tinggallah fullsus aku, Dawg. Kemana-mana aku bawak masukkan ke dalam kereta. Sekarang ni, macam dulu jugak aku dah gian balik nak pakai hardtail. Manusia begitulah, tak pernah puas dgn apa yg ada.

Giant Yukon Parts

Frame sizes : M 17"
Frame tubing : Aluminum
Fork : Used RockShox Pilot 100mm - Coil & rebound adjustable. Serap bump dgn baik. Cukup lembut.
Headset : Aheadset
Crankset : Truvativ Blaze. Ambil dari stock Dawg. 44 ring pakai Stylo.
Pedals : Used Shimano SPD - Non mudshed model. Senang clip in & out, tapi akan bermasalah jika ride masa tanah basah/berlumpur
Chain : Shimano Deore XT
Cassette : Used Shimano (11-32t, 9speed)
F/D : Used Shimano Deore
R/D : Used Shimano Deore
Shifters : Shimano Deore
Handlebar : Ritchey WCS Aluminum midrise. Lebar 26"
Stem : Ritchey WCS 100mm

Brakes : Hayes MX3. Entry level mechanical discbrake, kualiti & grip ok.
Tires : Panaracer Fire XC Pro 2.1
Rims : ALex TD18
Saddle : WTB Pure V
Seatpost : Alloy. Satu2nya part asal yg ada pada bike ni.

0 comments: