Thursday, August 9, 2007

FRIM Training Ground

Salah satu tempat popular utk mountain biking di Klang Valley. FRIM adalah singkatan Forest Reserve Institute of Malaysia. Merupakan kawasan hutan simpan & rekreasi yg terjaga. Kebanyakan trails adalah double track termasuk beberapa singletrack dan yg terkini utk mtb dipanggil Dream Trail, masuk melalui Bukit Bujang & berakhir di Rover Trail.


Aku di Steroid Hill. Photo by Mohd Farid

Masa aku mula ride sini, Dream Trail masih berkeadaan asal, terlalu teknikal termasuk bahagian batu besar yg tak dapat lalu selain kena angkat basikal. Akar2 pun masih terlalu berselirat berbanding sekarang. Pernah sesat sekali sorang2 dlm tu sebab tersalah membaca map yg dibekalkan oleh pegawai FRIM.


Relak bersama Lan di puncak Steroid Hill. Photo by Mohd Farid

Aku sudah luangkan banyak masa ride sorang2 di FRIM. Biasanya bermula pada pukul 7.30 pagi & tamat sekitar 8.30 pagi. Laluan kegemaran aku adalah dari Bukit Hari ke Steroid hill. Climb (kadang2 sampai ke Copter top/mango hill) & turun semula. Kemudian berpatah balik & masuk pula ke Rover Trail, clockwise. Biasanya lepas habis aku terus ke hujung waterfall tempat picnic utk minum dan makan nasi lemak kukus.


Climb ke Rover Trail clockwise. Photo by Mohd Farid


Aku bersama Lan di Rover Trail layan relak2. Photo by Mohd Farid

Frim Ride Photos Gallery
http://www.flickr.com/photos/alimuddin/sets/72157601443820628/detail/

0 comments: