Monday, August 6, 2007

Putra Height Bikin Trail 1

The Making of....

Semuanya bermula pada awal tahun lalu, di antara bulan april-june. Tak tahu pun kedapatan trail atau laluan offroad di Putra Height. Semua bermula dgn satu kunjungan ke rumah seorang kawan.


Early stage of development, parang & cangkul sebagai tools. Sham in action

Ok, kunjungan ke rumah Lan pada satu malam merupakan kali pertama aku jumpa dgn Zid. Dari situ baru Lan & aku tahu ada 1 climb di Bukit Cermin menuju ke Digi. Wahh!! dia punya climb, lung buster beb. Di sinilah terdapatnya S loop, section yg cukup steep & teknikal pada permulaanya. Climb section ni pada awalnya ramai yg sangkut. Selepas 2-3 ride, barulah mula berkenalan dgn beberapa rider terdekat sambil mendengar cerita. Dari situ mula kenal dgn Sham & Azahari, merekalah yg mula2 recce tempat tu.

Semakin lama rider yg try trail tu makin bertambah, so kami sama2 recce utk cari jalan keluar yg lebih best (masa tu di mana naik di situlah turun). After few rides, jumpalah satu downhill keluar melalui kebun kelapa sawit, teknikal gila beb! Ramai yg dah terpeluk pokok, langgar pokok dan ada yg tercium anak pokok kelapa sawit sampai bercalar muka.


Trail & loop yg terdapat di Bukit Cermin. Click to enlarge

Kawasan Kemalangan

Seperkara yg bahaya utk menuju ke situ adalah 1 downhill atas trail pasir berbatu kerikil. Nampak tak bahaya, so layan la downhill laju2. Tapi, malang tidak berbau akulah yg pertama crash hi-speed kat situ. Superman beb, abih gelong 8 rim aku, tak cukup dgn tu tayar depan siap pancit. Selepas itu beberapa siri kemalangan berlaku, ada yg peluk pokok kelapa sawit, berguling sampai kaki kena crank, menyosok semak, makan batu pon ada & macam2 lagi. Sekarang trail ini dinamakan 'Kawasan Kemalangan' dan digunakan sebagai chicken loop.

Steve Loop

Selepas beberapa ketika rasa bosan timbul sebab rasa trail tak cukup panjang & thrill. So, recce punya recce jumpalah 1 downhill. Mula2 main belasah turun tanpa tebas, cangkul & lain2. Best!!! Minggu selepasnya, barulah ada sedikit proses mencangkul utk menambah baikkan laluan. Rasa ghairah timbul sebab terlalu syok. Di satu ketika 1 rider telah melakukan kesilapan di penghujung laluan tersebut dan jatuh, kemudian terhempap basikal sampai pecah helmet. Loop ini kemudiannya dinamakan sempena nama rider tersebut (Steve Loop) dan kekal sampai sekarang.

Selepas itu kerja2 recce trail dingin sekejap. Tak lama disambung semula oleh aku & Sham serta sering disertai pada awalnya oleh Saiful. Kebanyakannya pada hari sabtu memandangkan atas sebab2 tertentu aku hanya dapat turun pada hari tersebut. Menurut Sham, "sabtu recce trail ahad layan kayuh".

Satu hari aku dan Sham telah menyambung trail dari Steve loop menuju ke kanan dan melalui 1 kawasan berbatu besar. Setelah dicangkul sebahagian laluan baru rasa yg misi tersebut agak mustahil memandangkan batu terlalu besar utk dilalui. Waktu inilah aku 2 kali terjatuh ke gaung di tepi laluan tersebut kerana basikal tersangkut pada batu besar di kiri laluan sewaktu testing. Jatuh terus menggelonsor ke bawah, nasib baik sempat berpaut pada batang pokok di lereng berkenaan.

Minggu berikutnya, Sham & Saiful telah menambak kembali laluan menjadi agak tinggi. Agak mustahil utk kayuh naik, selain selepas section itu terdapat 1 pokok besar yg telah lama tumbang menjadikan usaha utk menyambung trail tersebut terbantut di situ. Trail ini sekarang telah menjadi laluan alternatif sebelum menaiki 'Trail Tolak' shortcut terus ke hujung 'Steve Loop'.

More stories

http://alimuddin.blogspot.com/2007/08/putra-height-bikin-trail-2.html
http://alimuddin.blogspot.com/2007/09/putra-height-bikin-trail-3.html

Putra Height Bikin Trail Photos Gallery
http://www.flickr.com/photos/putraheight/sets/72157601302173197/detail/

0 comments: