Monday, August 13, 2007

Batu Dam Santai Ride 1

Bertarikh 12 Ogos 2007. Sekitar 8.15 aku sampai di tempat biasa, gate tepi tasik. Rider2 lain menyusul sekitar 8.30. 7 orang riders semuanya. Ni member2 lama kayuh aku, adalah sekitar sebulan kami tak kayuh sekali.


On the way ke trailhead. Dari kiri : Lan, Awie, Aku & Dan. Photo by Ejad

Seperti biasa kami akan masuk trail counter clockwise. Ride kali ni akan cuba melalui loop yg panjang, aku sendiri pun tak pernah lalu. Semua setuju tanpa tahu apa cabaran yg menunggu. So, ride ke trailhead untuk climb yg pertama.


Di permulaan trail menuju climb yg pertama

Kali ni climb cukup licin, trail basah. Di pertengahan climb ada 1 section yg terpaksa tolak sebab terlalu licin. Lepas tu terus sambung menuju ke check point pertama, simpang 2.


Nak climb tayar asyik slip, baik tolak. Sempat la shoot 1 gambar

Sampai di simpang 2 kami terserempak dengan beberapa riders yg sedang relak. Kemudian group tu jalan dulu. Selang beberapa minit kami sambung ke long trail iaitu menghala ke kanan. Biasanya kami lalu kiri terus downhill menuju sungai.

Masuk2 ingatkan terus DH rupanya kena climb lagi. Agak panjang tapi boleh clear tak selicin yg pertama. Tapi lepas tu dia punya turun fuhhh!!! Panjang & mengasyikkan. Lenguh lutut & lengan dibuatnya. Sepanjang tu adalah single track di celah2 pokok hutan terus turun tak perlu kayuh. DH pertama ni tamat berhampiran sungai. Kami jumpa kembali dengan group yg pertama tadi sedang layan relak & mandi. Kami decide utk teruskan.

Masuk je trail selepas tu, rupanya ada climb lagi. Mula2 ok lepas tu makin lama makin tinggi & panjang climb. Member dah ada yg menyumpah. Aku pulak tak tau pun trail ni. Dah makin teruk. Climb bertakuk2 ada batu. Last2 tolak la ramai2. Macam menyesal pun ada.

Last2 jumpa jugak downhill. Di sini la leher aku terjerut sampai terjatuh dgn satu tumbuhan menjalar yg berduri. Ingat aku seorang saja, rupanya yg lain pun ada yg kena, memang pedih. Tapi semua tu lupa sebab DH kali ini lebih best dari yg pertama tadi. Aku mengekori Ejad. Lepas je basikal tu turun di celah2 singletrack hutan. Ada bonggol2 dan akar2 kayu yang melintang, semua layan. Aku kemudian terjatuh. Semua gara2 ada ranting sangkut kat rear wheel mengakibatkan bunyi bising. Masa sibuk2 nak tengok body position dah tak betul, time tu langgar pulak akar yg melintang, terus tergolek. Time ni rider lain dah jauh kat belakang, tak tau ape cerita. Aku bangun balik terus sambung. DH ni tamat betul2 di depan sungai. SYOK!!!

Bila semua member dah turun kami kayuh menuju sungai tempat biasa kami lepak. Lan bawa nasi lemak, habis licin. Jumpa tuan tanah, dia suruh makan je buah pulasan kalau mahu. Rezeki kami tak tolak. So, di sungai ada yg layan mandi, shampoo pun ada, bersihkan badan dan relak2.


Sedang bersidang layan asap dan air. Nasi lemak baru habis


Aku & Ejad sedang layan pulasan. Mau ke?


Shampoo pun ada. Awie kena dandan dgn pakar rambut


Cara Steve merawat luka dalaman

Selepas selesai, kami sambung ride. Ni kira warn down flat XC trail menuju ke exit gate tepi tasik. Sampai relak2 lagi. Tak lama baru packing barang semua. Plan nak singgah ke kedai basikal Samy di Batu Caves. Semua setuju. Dalam kepala semua teringat DH tadi, jadi next week mau layan lagi.

Batu Dam Santai Ride Photos Gallery
http://www.flickr.com/photos/alimuddin/sets/72157601408560033/detail/

0 comments: