Ghostrider buncit kembali. Kepayahan berbulan-bulan menyusutkan diri secara natural telah hancur dalam dua minggu. Enam bulan yang diperuntuk untuk nyahkan 10kg tampak sia-sia. Hapus hanya dalam 2 minggu.
Usus dan salur darah Ghostrider kembali berminyak. Minyak Mazola, Sawit dan sebagainya adalah tinggalan dari gumpalan rendang, gulai, kari, masak itu dan ini. Bahaya minyak ini, ia mampu menyumbat saluran air sebuah apartmen. 'Special Chemical' boleh diguna untuk meredakan kesesakan. Tapi manusia boleh mati jika minum chemical ini, termasuk Ghostrider. Tiada jalan pintas. Dia perlu berlatih kembali.
Ghostrider jadi rajin. Beberapa hari sebelum bertemu puaknya, dia sudah dulu pusing crank. Hari pertama bertemu dia, aku nampak dulu perut dia, baru aku nampak muka dia. Dia kayuh steady 2 round kriterium. Peluh berminyak lalu menguasai permukaan luar tubuh badannya. Beberapa detik rehat di Z&K, selepas lupus 2-3 gelas air, dia sedut rokok satu batang. Sepengetahuan aku, asap adalah diet specis hantu jin. Tapi dia ada kurang hisap rokok, kira satu pencapaian.
Hari lain di'set' untuk puak lagi ramai. Tak ramai pun cuma 3 orang. Selain aku dan dia, lagi satu adalah sarjan nama macam cerita P. Ramlee.
Ghostrider bikin gegar. Lap pertama terus tarik 25kmj. Kira lajulah ikut standard kami, calon juara mukim. Kami tak minat jadi juara dunia. Tiada lagi nikmat jika naik basikal sponsor. Ghostrider cukup steady, aku kasi ruang dulu 3-4 tiang. Sarjan cucuk angin dia. Mesti best, sebab saiz lebar badan dia cukup untuk cover angin sarjan.
Masuk lap kedua, dia kasi sarjan lead. "Oh biasalah, kasi tukar pulak, bukan apa-apa", hati besar aku terdetik. Tanpa warning tiba-tiba prestasi dia menurun secara mendadak. Lalu aku berjaya mengiring tepinya, lantas dia menunjuk-nunjuk bahagian perutnya. Aku potong dan kejar sarjan di depan. Meter murah sudah tunjuk 30kmj. Masih tidak boleh jadi juara dunia.
Sesekali aku menoleh, tiada lampu kucing kelihatan. Mungkin bateri 'kong'. Dia di belakang tadi, dan di depannya ada simpang jalan 'ayam'. Mungkin dia masuk situ untuk ternak 'ayam' di simpang satu lagi.
Telahan awal memang tepat. Memang betul dia menjenguk ternakan 'ayam'nya. Tak apalah. Cukuplah 2 lap, "Mari kita lepak di Jazee!".
***
"Tadi aku makan nasi ayam", kata Ghostrider.
"Tiba-tiba ayam tu cucuk-cucuk perut aku, menyesal aku makan tadi", sambungnya lagi.
Aku order 100 plus, roti telur, separuh nasi goreng ayam sarjan & mee segera sup. Licin. Aku bersandar diam sampai habis sesi.
Read more...
Monday, October 5, 2009
Thursday, October 1, 2009
Dia Hafiz
Dia berkulit hitam bagai Bilal. Mungkin dari Sudan, Nigeria atau seumpamanya. Berhijrah ke Malaysia berkumpulan. Isteri-isteri mereka bertudung labuh walau tidak tutup muka. Mereka ahli masjid. Mereka berjalan kaki ke masjid.
Dia tidak berserban berjanggut bagai 'alim' tempatan. Ke masjid kadang bertshirt dan jeans. Kadang kemeja pendek dan pelikat. Selalu tanpa kopiah pun.
Subuh 10 syawal, dia dan aku bersebelahan. Agak jauh dari imam. Imam baca surah panjang, lazim hanya bacaan para hafiz. Imam tersangkut. Dia memperbetulkan imam dua kali. Yang terakhir agak kuat. Imam agak jauh mungkin tidak terdengar. Dia seorang hafiz.

Wednesday, September 30, 2009
Pak Su Pasir Mas, Kelantan
Pak Su adik mertua sebelah perempuan. Pertama kali dikunjung Syawal ini. Pak Su amat ‘simple’. Tidak punya janggut panjang, jubah atau serban. Hanya berkopiah dan berpelikat menaiki skuter Nouvo sekadar laju 50km/j.
Pak Su punya pendidikan Universiti. Rakan-rakannya punya jawatan dan gelaran tinggi. Tapi Pak Su tidak kejar pangkat, lalu pilih berniaga sendiri. Anak-anak Pak Su, 7 orang darinya hanya berpendidikan pondok.
Pak Su tidak miskin. Rumahnya jika di Klang Valley akan berharga 500-700 ribu. Stor barangan niaga sahaja yang dalam pembinaan bersaiz rumah kos rendah.
Dalam rumah Pak Su ada surau. Catan warna khusus menghiasi ruang. Ada paip wudhu di ruang tamu. Lazim golongan ini akan memisahkan tempat wudhu dari tandas atau bilik air.
Pak Su tidak pandang harta dunia. Tiada televisyen di rumah. Rumah di hias sekadar keperluan. Ruang rumah di bahagi ikut syari’e. Ruang lelaki dan wanita dibezakan. Bila tiba waktu makan, langsir bahagian wanita dilabuhkan. Makanan dihantar melalui muhrim. Hidangan adalah soto, satu yang agak baru di Terengganu. Pak Su sediakan menu ini untuk kantin sekolah.
Isteri Pak Su berkerudung penuh. Anak-anak perempuan tidak tunjuk muka di hadapan lelaki. Terpandang juga wajah mereka bila menjenguk mencari isteri. Mereka lalu menyorok di belakang ibu mereka. Menurut isteri, anak perempuan mereka cantik tapi tidak tunjuk cantik. Sungguh, mereka lebih cantik dari selebriti.
Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, “Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (Al-Ahzab ayat 59)
Perjalanan pulang melalui kawasan pondok pengajian keluarga Pak Su. Terlihat beberapa wanita berkerudung penuh tutup muka berjalan. Beberapa lelaki berserban. Mereka orang yang kuat. Punya jatidiri untuk teruskan sebegitu, di zaman pakaian ‘buka-buka’.
Mungkin kamu kata ini zaman moden. Kata kenapa kongkong wanita. Mereka kata, “Kami ikut Al-Quran. Kamu ikut apa? Hak asasi manusia atau redha Allah swt?”. Jika tidak suka tidak perlu apa-apa, biarkan. Mereka bukan kamu. Sungguh, Al-Quran itu petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang yang ‘beriman’.

Tuesday, September 29, 2009
Pondok Syawal AidilFitri
Aidilfitri 1430h amat ringkas. Aku tiada lagi orang tua dan mertua. Ibu meninggal bulan lepas. Tidak perlu rempuh sesak trafik, aku pilih ke Terengganu Syawal pertama. Untuk pertama kali, aku bersolat raya di taman kediaman Putra Perdana.

Menempuh Ramadhan ke Syawal di masjid yang sama, terlihat sikap ummah kini terhadap masjid.
Moga Allah SWT merahmati kamu pembaca blog ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.
Jazakallah Khair
Read more...

Menempuh Ramadhan ke Syawal di masjid yang sama, terlihat sikap ummah kini terhadap masjid.
- Golongan pertama yang hampir pupus, tidak memilih haribulan untuk ke masjid. Tidak pilih siapa imam atau Ajk. Namun kedapatan juga yang berpuak, ke masjid ikut parti politik. Ajk Parti-A vs Ajk Parti-B mungkin. Makmum Parti-B tidak berimam imam Parti-A. Program Parti-A walau baik tidak diterus Ajk Parti-B. Adakah Allah redha sikap kamu?
- Ada golongan yang suka berterawih, untuk dapat pahala banyak dan Lailatul-Qadr. Jarang jumpa golongan ini pada waktu jemaah fardu atau bulan selain Ramadhan. Ada yang datang juga, jarang-jarang. Terawih itu sunat atau fardhu? Jika kamu punya syarikat dan pekerja kamu hanya rajin sebulan, lalu mereka meminta ganjaran bonus 12 bulan, adakah kamu akan beri? Sungguh, ibadah yang baik itu adalah yang berpanjangan walau sedikit.
Bersumber dari Aisyah isteri Nabi saw, bahawa Rasulullah saw mengerjakan solat di masjid pada malam itu, maka kaum muslimin pun ikut mengerjakan solat. Pada malam berikutnya beliau mengerjakan solat dan semakin banyak orang yang mengikuti beliau. Kemudian pada malam ketiga atau keempat, orang-orang telah berkumpul, tetapi Rasulullah saw tidak datang kepada mereka. Keesokan paginya beliau bersabda, "Aku telah melihat apa kalian perbuat (malam tadi, yakni berkumpul untuk mengerjakan solat). Tak ada yang menghalangiku keluar kepada kalian, kecuali bahawa aku khuatir solat itu menjadi wajib atas kalian". Peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan. (Al Muwatta' Imam Malik r.a)
Bersumber dari Abu Hurairah, bahawa rasulullah saw menganjurkan bersolat di malam bulan Ramadhan, tetapi beliau tidak mengeluar perintah yang mewajibkan. Beliau bersabda, "Barang siapa melakukan ibadah di malam Ramadhan dengan dilandasi iman dan mencari redha Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu". Kata Ibn Syibab, "Rasulullah saw wafat dan keadaan tetap begitu (solat terawih tidak harus dikerjakan secara berjemaah). Dan masih tetap seperti itu pada masa pemerintahan Abu Bakar, serta di awal pemerintahan Umar bin Khattab". (Al Muwatta' Imam Malik r.a)
Bersumber dari Abdurrahman bin Al Qariy, beliau berkata, "Di bulan Ramadhan aku keluar bersama Umar bin Al Khattab menuju ke masjid, ternyata kaum muslimin berkelompok-kelompok. Ada yang mengerjakan solat sendirian dan ada pula yang bersolat diikuti beberapa orang lain. Melihat itu, Umar berkata, "Demi Allah! Benar-benar menjadi pertimbanganku, seandainya mereka itu aku kumpulkan pada seorang alim yang pintar membaca Al Quran, tentu itu lebih baik". Lalu beliau mengumpulkan mereka pada Ubay bin Ka'ab. Di malam yang lain, aku (Abdurrahman) keluar pula bersama Umar, ternyata kaum muslimin mengerjakan solat mengikuti solat imam mereka. Umar pun berkata, "Sebaik-baik bid'ah adalah ini". (Al Muwatta Imam Malik r.a)
Bersumber dari Yazid bin Ruman, beliau berkata, "Pada masa Umar bin Al Khattab kaum muslimin solat malam di bulan Ramadhan dengan dua puluh tiga rakaat". (Al Muwatta Imam Malik r.a)
Bersumber dari Abi Salamah bin Abdirrahman bin Auf, beliau pernah bertanya kepada Aisyah isteri Nabi saw, bagaimanakah solat Rasulullah saw di bulan Ramadhan. Aishah berkata, "Rasulullah saw tidak pernah menambah, baik di bulan Ramadhan mahu pun di bulan lain, lebih dari sebelas rakaat. Beliau bersolat empat rakaat, kamu tidak usah menanyakan tentang kebaikan dan panjang solatnya empat rakaat itu. Kemudian beliau kerjakan lagi empat rakaat, kamu tidak usah tanyakan tentang kebaikan dan panjangnya. Yang terakhir beliau kerjakan tiga rakaat". Aku (Aisyah) bertanya, "Ya Rasulullah, adakah engkau tidur sebelum solat witir?". Rasulullah saw menjawab, "Hai Aisyah, kedua mataku tidur tapi hatiku tidak tidur". (Al Muwatta Imam Malik r.a) - Syawal menjelma. Majoriti golongan ke-2 sudah beransur ke kampung. Logiknya masjid harus kurang makmumnya menjelang Solat Sunat Aidilfitri. Sebaliknya makmum melebihi hingga keluar masjid. Di mana mereka selama ini selain Muslim negara jiran? Solat setahun sekali dua atau ke masjid hanya bila hari raya? Bersangka baik, mungkin mereka jemaah di hampir kawasan kerja selama ini.
Moga Allah SWT merahmati kamu pembaca blog ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.
Jazakallah Khair
Read more...
Subscribe to:
Posts (Atom)